Elemen Multimedia - Grafik

Apa itu grafik?

Fungsi grafik dalam multimedia:

  • Merupakan persembahan visual dan ia membantu kita dalam menyampaikan sesuatu idea atau maklumat yang sukar untuk disampaikan melalui teks atau tulisan.
  • Membantu mempercepatkan penyampaian sesuatu maklumat dengan lebih berkesan serta menjadikan lebih menarik.
  • Penggunaan grafik dalam internet misalnya pada halaman Web mampu menceriakan lagi pencarian maklumat oleh pengguna.

                                        

Sumber grafik

  • Grafik boleh ditafsirkan sebagai sebahagian daripada gambar , lukisan klip , gambar foto dan lukisan garisan yang digunakan untuk menghasilkan latarbelakang, kandungan maklumat dan kawalan pencarian di dalam produk multimedia. 
  • Grafik berkomputer merujuk kepada imej yang dihasilkan menggunakan komputer. Imej berkomputer merujuk kepada imej yang mudah seperti garisan dan bulatan ataupun yang kompleks seperti fractal.
  • Grafik melibatkan lukisan yang abstrak dan boleh dilakukan dengan menggunakan perisian tertentu dalam komputer untuk memudahkan kerja kita.

Jenis-jenis grafik

Grafik berkomputer terbahagi kepada dua:

  • Imej Raster atau grafik Bitmap.(2-D)
  • Imej Vektor atau grafik Metafile. (3-D) 
 Contoh grafik raster                                                            Contoh grafik vektor





                 

Format fail grafik

Fail format image bitmap:
  • BMP (Windows Bitmap)
  • PCX (Zsoft Paintbrush graphics format)
  • TIFF (Tagged Image File Format)
  • GIF (Graphic Interchange Format)
  • JPG (Platform-independent graphics format)              
                                                                                                                                                        
Fail format grafik vektor:
  • .CDR (CorelDRAW)
  • .CGM Computer Graphics Metafile)
  • .DRW (Micrografx Designer)
  • .DXF
  • .EPS (Encapsulated PostScript)
  • .GEM (GEM metafile)
  • .PIC (Picture format)
  • .PICT (Macintosh format)
  • .WMF (Windows metafile)

Reka letak

  • Reka letak sesuatu objek dan tulisan juga amat penting dalam penghasilan bahan grafik.
  • Kedudukan objek atau tulisan yang bercelaru atau tidak mengikut aturan akan menghasilkan rekaan grafik yang tidak menarik.
  • Terdapat enam prinsip asas reka letak, setiap satu memainkan peranan penting untuk menjadikan hasilan grafik kelihatan menarik.
  • Prinsip asas tersebut termasuklah contrast, alignment,simplicity,proximity, emphasis dan repetition.

Gandingan warna

  • Penggunaan jenis warna yang dinamik boleh memainkan peranan penting dalam penghasilan bahan grafik.
  • Gandingan warna merupakan satu cara bagaimana sesuatu warna diterjemah kepada data numerik. Terdapat beberapa jenis model warna yang digunakan oleh grafik berkomputer. Antaranya adalah:
  1. RGB
  2. CMYK
  3. HSB
  • Pemilihan kombinasi warna tertentu perlu diberikan keutamaan dalam penghasilan bahan grafik.
  • Kombinasi latar belakang dengan objek atau huruf tertentu dapat menambahkan tarikan terhadap hasilan grafik.
  • Warna-warna mempunyai skema tertentu, seperti Skema Primer, Skema Sekunder dan Skema Tertiar.
  • Skema Primer terdiri daripada tiga warna utama, iaitu merah, biru dan kuning.
  • Skema Sekunder pula adalah terdiri daripada warna violet, oren dan hijau.
  • Warna tertiar terdiri daripada enam warna iaitu Merah-Violet, Merah-Oren, Biru-Violet, Kuning-Oren, Biru-Hijau dan Kuning-Hijau. Kesemuanya adalah hasil daripada kombinasi warna-warna sekunder.


















2 comments

Unknown | 5 May 2015 at 06:14
This comment has been removed by the author.
Unknown | 5 May 2015 at 06:15

Hi

Post a Comment