HURAIAN SUKATAN PELAJARAN


http://www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/p_teknik&kemahiran/HSP_Aliran_Vokasional_39mp/animasi%20rbentuk%20pnerbit.pdf

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)



Kuiz









Profile Kami





Nama     : Sharmila Devi A/P
                Pachiyappan

Umur      : 24 Tahun

Program : Ijazah Sarajana Muda
               Pendidikan Multimedia



Nama     : MUHAMMAD RIFDI SYAFIQ
                BIN SAEDIN
Umur      : 21 Tahun
Program : Ijazah Sarajana Muda
               Pendidikan Multimedia





Nama : Mohd Shakirul Aidi Bin Abu Hassan Al - Saari 
Umur: 20 Tahun
Facebook




Nama : Tee Boon Boon
Umur : 24 Tahun



Nama : Ooi Qian Fang
Umur : 24 Tahun


Nama: Nur Ain
Umur : 23 Tahun


Pengenalan Video

Video merupakan rangkaian frame atau gambar yang bergerak secara cepat. video juga dikenali sebagai teknologi memproses isyarat elektronik bagi menghasilkan gambar bergerak. Setiap pergerakkan gambar perlu memproses sebanyak 24 frame bagi satu saat.




Fungsi Video

  • Menyampaikan maklumat kepada penonton
  • Untuk memberi hiburan
  • Sebagai pengajaran dan ikhtibar
  • Video juga sebagai komunikasi antara sesama manusia
  • Dengan video juga turut boleh menghasilkan filem
  • Sebagai salah satu seni

Sumber Video

Penghasilan sesebuah video memerlukan alat bantuan atau sokongan bagi membolehkan sesuatu video dihasilkan dengan menarik. kamera digunakan untuk merakam video penghasilan video juga turut memerlukan suntingan untuk menghasilkan video yang menarik dan bermutu. Proses ini melibatkan suntingan untuk menambah muzik, teks, audio, dan sebagainya.


Format Fail Video

Terdapat beberapa format video antaranya:


  • 3GP
  • AVI
  • RMVB
  • MPEG
  • MOV
  • OGG

Reka Letak Video

Dalam pembangunan sesebuah video elemen yang penting adalah video dan audio serta teks dan grafik. Perkara ini yang mempengaruhi kekuatan sesebuah video. Selain itu, jalan cerita yang menarik menambahkan lagi kekuatan video tersebut. Penghasilan sesebuah video yang bermutu perlu bermula daripada storyboard, skrip dan proses suntingan yang teliti.



Aktiviti pelajar

Dalam kumpulan seramai 5 orang setiap kumpulan, hasilkan video montaj yang mengandungi fungsi dan sumber video mengikut kreativiti kumpulan masing - masing dengan menggunakan perisian windows movie maker. (Skrip dan papan cerita perlu dihasilkan sebelum memulakan membuat video) 

Apa itu Teks??



􀂉  Teks merupakan salah satu media utama yang diperlukan dalam sesebuah perisian multimedia sama ada sebagai menu utama, sistem navigasi (navigation) ataupun bagi tujuan penyampaian sesuatu isi kandungan perisian.
􀂉  Ia adalah jenis data paling asas serta menggunakan ruang storan paling sedikit berbanding dengan elemen-elemen multimedia lain.

􀂉 Teks dalam bentuk perkataan, ayat dan perenggan adalah digunakan untuk menyampaikan sesuatu idea, buah fikiran dan fakta yang berkaitan dengan apa jua aspek dalam kehidupan kita sehari-hari.
􀂉 Jadi, tidak mustahil jikalau sesebuah produk multimedia itu bergantung kepada teks didalam kebanyakan perkara seperti didalam menerangkan bagaimana sesuatu aplikasi bekerja, membantu pengguna didalam menerokai sesuatu aplikasi dan untuk menyebarkan maklumat melalui aplikasi – aplikasi yang telah direkabentuk.
􀂉 Walaubagaimanapun, di dalam aplikasi multimedia, penggunaan teks yang terlalu banyak tidak begitu digalakkan kerana teks tidak dapat mempamerkan maklumat dengan menarik. Ini bukan bermakna teks tidak diperlukan langsung, tetapi ia hanya perlu digunakan pada bahagian-bahagian penting sahaja.

Jenis-jenis Teks

Teks terdiri daripada:

􀂃 Linear
⇒Struktur teks yang tradisional
⇒Organisasi berbentuk linear di mana ia mempunyai bahagian permulaan dan penghujung.
⇒Susunannya terdiri daripada beberapa siri seksyen/bab (sections). Setiap seksyen/bab ini mempunyai tajuk dan mungkin, mempunyai sub seksyen(Subsection) yang akan membentuk perenggan.
⇒Susunan teks berstruktur ini adalah dalam bentuk hirarki dan boleh digambarkan seperti struktur pepohon.

􀂃 Tidak linear
⇒Dikenali sebagai Hypertext
⇒Susunan teksnya adalah secara tidak-linear dan mempunyai struktur data graf
⇒Ia terdiri daripada nod yang merupakan bahagian teks yang bersaiz kecil dan akan dihubungkaitkan dengan bahagian teks yang lain menggunakan pautan(links).
⇒Hypertext membolehkan pengguna melaksanakan operasi cari -dan- capai ke atas sesuatu dokumen dengan lebih cepat

Format Fail Teks

  • TXT
  • DOC
  • RTF
  • PDF

Jenis Muka Teks


􀂉 Typefaces merupakan perwakilan bergrafik bagi abjad, nombor dan aksara-aksara istimewa dan biasanya ia mempunyai saiz dan gaya bentuk yang berbeza-beza atau pelbagai. Font pula merupakan saiz-saiz tertentu bagi typefaces.
􀂉 Contohnya “ 14 point Times New Roman” adalah typefaces bagi saiz 14 untuk Times New Roman. Saiz font boleh dikenalpasti atau ditentukan dengan :-
􀂃 Mengukur daripada bahagian atas huruf besar kepada bahagian bawah decender yang diperolehi pada huruf ‘p’ atau ‘y’.
􀂃 Menggunakan point iaitu point tunggal seperti 1/72 (0.138 inc)


Gaya Teks




Susun Jajar

Warna Teks

Warna Biru - Jenis font, boleh di tukar menggunakan kode font yang ada di komputer.
Warna Cokelat - Warna font, kita boleh tukar guna black, white, green dan sebagainya atau boleh ditukar dengan kode warna HTML.
Warna Kuning - Ukuran font
Warna Purple - Mengatur lebar ruangan teks
Warna Merah - Mengatur panjang ruangan teks
Warna Biru - Mengatur warna background, seperti "black", "green", "blue", "red", "yellow"


Apa itu Audio ?

Pengenalan Audio 

Audio merupakan salah satu media yang sering digunakan dalam sesuatu interaksi antara komputer dengan pengguna. Elemen muzik, suara latar dan kesan bunyi merupakan antara beberapa contoh penggunaan audio yang boleh digunakan dalam sesebuah aplikasi multimedia. Seperti juga elemen multimedia yang lain, audio mampu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan, menimbulkan suasana yang lebih menyerlah dan menarik tumpuan terhadap apa yang ingin disampaikan.

 

contoh audio


Fungsi Audio

  • Membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan (cth: penggunaan suara latar atau kesanaudio istimewa).
  • Membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan.
  • mampu meningkatkan motivasi di kalangan para pengguna agar lebih berminat mengikuti suatu proses penyampaian maklumat.
  • Menimbulkan suasana yang lebih menarik dan akan menghasilkan tumpuan terhadap isi yang dipersembahkan.

Sumber Audio

 Terdapat 5 jenis audio yang digunakan dalam multimedia iaitu :
  1. HiperAudio
    Dimainkan secara berulang kali. Audio dibenarkan untuk dimainkan secara selari dengan persembahan multimedia, dirujuk sebagai hiperaudio.
  2. MP3
    Format fail audio yang boleh menggunakan codec audio MPEGuntuk enkod dan dekod muzik yang dirakam.Boleh mampat track audio CD dalam saiz yang kecil. Pemain MP3 untuk memainkan fail MP3.
  3. Audio Cakera Padat.
    CD audio boleh menyimpan data selama 75 minit dengan kadar sampling 44,100 sampels per saat. Keupayaan cepat untuk merakam video. Banyak digunakan untuk lagu yang dirakam dan berkualiti.
  4. Audio
     Digunakan untuk merakam bunyi yang didengar. Bentuk gelombang pada bunyi menerangkan tentang  amplitude, frekuensi dan kandungan yang harmoni.Format fail audio ialah wave.
  5.  Midi
    Kemudahan yang efisien untuk merakam muzik. Merakam maklumat persembahan dalam chip sound pada komputer untuk memainkan muzik. Terdapat MIDI kod untuk mengubah suai muzik menjadi perlahan, kuat, tukar kualiti dan tambah kesan bunyi. Kebaikan Midi ialah mempunyai fail yang lebih kecil dan padat, kualiti muzik yang bermutu serta mudah untuk melakukan ubahsuai fail. Kelemahan Midi pula tidak boleh digunakan untuk memainkan dialog perbualan.

Format Fail Audio

Berikut merupakan contoh-contoh format fail bagi audio:

AUDIO INTERCHANGE FAIL FORMAT (.AIFF DAN .AIF)

  • Format ini sering digunakan pada sistem komputer jenis machintosh, IBM dan yang serasi dengannya.
  • Boleh menyimpan sehingga 32 bit.
MUSICAL INSTRUMENT DIGITAL INTERFACE (.MID, .MDI, .MFF)
  • Format yang diterimapakai di seluruh dunia bertujuan menyimpan audio dan jenis MDI.
SOUND (.SND)
  • Format fail yang diperkenalkan oleh Apple dan hanya sesuai digunakan bagi audio yang  bersaiz sehingga 8 bit.
WAVE (.WAV)
  • Format fail yang paling meluas digunakan.
  • Disokong oleh sistem operasi windows.
  • Mampu menambung saiz dari 8 bit sehingga 16 bit.
SUN AUDIO (.AU)
  • Digunakan oleh komputer jenis stesyen kerja SUN Microsystem.
  • Merupakan format audio 16 bit.
.MPEG
  • Format fail yang makin popular.
  • Digunakan untuk tujuan penyaluran muzik melalui talian internet.

Reka letak Audio

Reka letak adalah ilmu atau kemahiran yang digunakan untuk meletakkan dan menyusun media pada paparan bagi membentuk persembahan yang menarik.Bahan audio boleh dihasilkan melalui rakaman yang mudah yang tersedia ada pada kaset audio.  Mikrofon yang berasingan (external microphone) pengadun

audio (audio mixer) boleh digunakan untuk mengadun suara dengan muzik latar atau kesan bunyi.


Apakah itu Multimedia??



APA ITU MULTIMEDIA?

  • Penggunaan pelbagai media yang berkaitan dengan produk dan proses komputer. 
  • Gabungan pelbagai media seperti teks, grafik, audio, video dan animasi bagi menghasilkan satu persembahan maklumat yang lebih menarik, interaktif serta berkesan melalui penggunaan teknologi komputer. 
  • Mempunyai ciri atau elemen interaktiviti. 
  • Interaktiviti bermakna seseorang pengguna boleh berinteraksi dan mengambil bahagian di dalam sesuatu persembahan atau penyampaian maklumat dan bukannya pasif lagi seperti mana pengguna media-media terdahulu. 
  • Contoh CD-ROM, permainan komputer, kiosks interaktif, alatan CBT (computer-based training) dan perkhidmatan atas talian (online service).

Elemen-Elemen Multimedia

Multimedia merupakan suatu wadah penyatuan beberapa media menjadi satu kesatuan. Pada kenyataannya multimedia merupakan gabungan beberapa media yang kemudian didefinisikan sebagai elemen-elemen dalam pembentukan multimedia. Terdapat lima elemen utama dalam multimedia.Setiap elemen akan memberi kesan yang besar dalam proses komunikasi atau penyaluran maklumat. 
  1. TEKS 
  2. GRAFIK 
  3. AUDIO 
  4. VIDEO 
  5. ANIMASI

Elemen Multimedia - Grafik

Apa itu grafik?

Fungsi grafik dalam multimedia:

  • Merupakan persembahan visual dan ia membantu kita dalam menyampaikan sesuatu idea atau maklumat yang sukar untuk disampaikan melalui teks atau tulisan.
  • Membantu mempercepatkan penyampaian sesuatu maklumat dengan lebih berkesan serta menjadikan lebih menarik.
  • Penggunaan grafik dalam internet misalnya pada halaman Web mampu menceriakan lagi pencarian maklumat oleh pengguna.

                                        

Sumber grafik

  • Grafik boleh ditafsirkan sebagai sebahagian daripada gambar , lukisan klip , gambar foto dan lukisan garisan yang digunakan untuk menghasilkan latarbelakang, kandungan maklumat dan kawalan pencarian di dalam produk multimedia. 
  • Grafik berkomputer merujuk kepada imej yang dihasilkan menggunakan komputer. Imej berkomputer merujuk kepada imej yang mudah seperti garisan dan bulatan ataupun yang kompleks seperti fractal.
  • Grafik melibatkan lukisan yang abstrak dan boleh dilakukan dengan menggunakan perisian tertentu dalam komputer untuk memudahkan kerja kita.

Jenis-jenis grafik

Grafik berkomputer terbahagi kepada dua:

  • Imej Raster atau grafik Bitmap.(2-D)
  • Imej Vektor atau grafik Metafile. (3-D) 
 Contoh grafik raster                                                            Contoh grafik vektor





                 

Format fail grafik

Fail format image bitmap:
  • BMP (Windows Bitmap)
  • PCX (Zsoft Paintbrush graphics format)
  • TIFF (Tagged Image File Format)
  • GIF (Graphic Interchange Format)
  • JPG (Platform-independent graphics format)              
                                                                                                                                                        
Fail format grafik vektor:
  • .CDR (CorelDRAW)
  • .CGM Computer Graphics Metafile)
  • .DRW (Micrografx Designer)
  • .DXF
  • .EPS (Encapsulated PostScript)
  • .GEM (GEM metafile)
  • .PIC (Picture format)
  • .PICT (Macintosh format)
  • .WMF (Windows metafile)

Reka letak

  • Reka letak sesuatu objek dan tulisan juga amat penting dalam penghasilan bahan grafik.
  • Kedudukan objek atau tulisan yang bercelaru atau tidak mengikut aturan akan menghasilkan rekaan grafik yang tidak menarik.
  • Terdapat enam prinsip asas reka letak, setiap satu memainkan peranan penting untuk menjadikan hasilan grafik kelihatan menarik.
  • Prinsip asas tersebut termasuklah contrast, alignment,simplicity,proximity, emphasis dan repetition.

Gandingan warna

  • Penggunaan jenis warna yang dinamik boleh memainkan peranan penting dalam penghasilan bahan grafik.
  • Gandingan warna merupakan satu cara bagaimana sesuatu warna diterjemah kepada data numerik. Terdapat beberapa jenis model warna yang digunakan oleh grafik berkomputer. Antaranya adalah:
  1. RGB
  2. CMYK
  3. HSB
  • Pemilihan kombinasi warna tertentu perlu diberikan keutamaan dalam penghasilan bahan grafik.
  • Kombinasi latar belakang dengan objek atau huruf tertentu dapat menambahkan tarikan terhadap hasilan grafik.
  • Warna-warna mempunyai skema tertentu, seperti Skema Primer, Skema Sekunder dan Skema Tertiar.
  • Skema Primer terdiri daripada tiga warna utama, iaitu merah, biru dan kuning.
  • Skema Sekunder pula adalah terdiri daripada warna violet, oren dan hijau.
  • Warna tertiar terdiri daripada enam warna iaitu Merah-Violet, Merah-Oren, Biru-Violet, Kuning-Oren, Biru-Hijau dan Kuning-Hijau. Kesemuanya adalah hasil daripada kombinasi warna-warna sekunder.




















Apa Itu Animasi??


Animasi ialah pertunjukkan pantas urutan imej-imej statik 2-D atau 3-D untuk mewujudkan ilusi pergerakan. Animasi akan meninggalkan kesan ilusi optik pergerakan disebabkan oleh fenomena pengekalan penglihatan, dan boleh ditunjukkan dan dilakukan dalam beberapa cara. Kaedah yang paling kerap digunakan ialah membentangkan animasi sebagai program wayang gambar ataupun video.





Pergerakan animasi bola melompat di atas ialah gabunan daripada gambar-gambar di bawah.




Contoh Video Animasi



Link :Youtube.com

https://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=OJRu8ly1xbY

https://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=dImJm7HLI7Y

https://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=SBLPFhocHnw

https://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=HRhYbKOd1ow

Fungsi-fungsi Animasi

1. Menyampaikan maklumat secara praktis:
    grafik animasi digunakan menyampaikan maklum balas serta pengukuhan dalam aktiviti.

2. Sebagai bantuan ilustrasi:
    untuk menggambarkan struktur ,fungsi, urutan antara komponen di dalam domain spesifik.

Sumber Animasi

Terdapat 5 jenis audio yang digunakan dalam multimedia iaitu :

1) Animasi Cel 

Animasi cel biasanya merupakan lembaran-lembaran yang membentuk animasi tunggal. Masing-masing sel merupakan bagian yang terpisah, misalnya antara obyek dengan latar belakangnya, sehingga dapat saling bergerak mandiri. 

Misalnya seorang animator akan membuat animasi orang berjalan, maka langkah pertama dia akan menggambar latar belakang, kemudian karakter yang akan berjalan di lembar berikutnya, kemudian membuat lembaran yang berisi karakter ketika kaki diangkat, dan akhirnya karakter ketika kaki dilangkahkan. Animasi Cel disebut juga Animasi Tradisional dimana terdapat beberapa langkah pembuatannya.



2) Animasi Frame

Animasi frame adalah bentuk animasi paling sederhana. Contohnya ketika kita membuat gambar-gambar yang berbedabeda gerakannya pada sebuah tepian buku kemudian kita buka buku tersebut dengan menggunakan jempol secara cepat maka gambar akan kelihatan bergerak. Dalam sebuah film, serangkaian frame bergerak dengan kecepatan minimal 24 frame per detik agar tidak terjadi jitter. 

3) Animasi Sprite

Pada animasi sprite, gambar digerakkan dengan latar belakang yang diam. Sprite adalah bagian dari animasi yang bergerak secara mandiri, seperti misalnya: burung terbang, planet yang berotasi, bola memantul, ataupun logo yang berputar. Dalam animasi sprite yang dapat kita edit adalah animasi dari layar yang mengandung sprite, kita tidak dapat mengedit bagian dalam yang ditampilkan oleh layar untuk masing-masing frame seperti pada animasi frame.

4) Animasi Path

Animasi path adalah animasi dari obyek yang bergerak sepanjang garis kurva yang ditentukan sebagai lintasan. Misalnya dalam pembuatan animasi kereta api, persawat terbang, burung dan lain-lain yang membutuhkan lintasan gerak tertentu. Pada kebanyakan animasi path dilakukan juga efek looping yangmembuat gerakan path terjadi secara terus menerus.

5) Animasi Spline

Spline adalah representasi matematis dari kurva. Sehingga gerakan obyek tidak hanya mengikuti garis lurus melainkan berbentuk kurva.

6) Animasi Vektor

Vektor adalah garis yang memiliki ujung-pangkal, arah, danpanjang. Animasi vektor mirip dengan animasi sprite, tetapi animasi sprite menggunakan bitmap sedangkan animasi vektor menggunakan rumus matematika untuk menggambarkan sprite-nya.

7) Animasi Character

Animasi karakter biasanya terdapat di film kartun. Semua bagian dalam film kartun selalu bergerak bersamaan. Software yang biasa digunakan adalah Maya Unlimited. Contoh film kartun yang dibuat dengan Maya Unlimited adalah Toy Story dan Monster Inc.

Jenis Animasi


1) Animasi 2D (2 Dimensi)




Terdapat pelbagai siri televisyen animasi 2D popular yang sedang ditayangkan di saluran Disney, Nikelodeon, Cartoon Network dan juga di saluran televisyen tempatan. Animasi 2D lebih kos efektif, mudah diterbitkan dan mempunyai pasaran yang sangat baik di pasaran televisyen global.

Contoh applikasi Animasi 2D pada rancangan TV

  • “Jake and the Neverland Pirates” (Disney, 2011)
  • “SpongebobSquarepants” (Nickleodeon, 1999)
  • “The Simpsons” (Fox, 1989)
2) Animasi 3D (3 Dimensi)



Perkembangan teknologi dan komputer membuat teknik pembuatan animasi 3D semakin berkembang dan maju pesat. Animasi 3D adalah pengembangan dari animasi 2D. Dengan animasi 3D, karakter yang diperlihatkan semakin hidup dan nyata. Semenjak Toy Story buatan Disney (Pixar Studio), maka studio film dunia bersaing memproduksi film sejenis dengannya. Maka muncullah kartun seperti Bugs Life, Antz, Dinosaurs, Toy Story 2, Monster Inc., hingga Finding Nemo, The Incredible, Shark Tale. Cars, Valian.

Format File Animasi

1. Animasi 2 Dimensi
  • aplikasi Flash : file.fla & file.swf
2. Animasi 3 Dimensi
  • Aplikasi 3 DSmax : file.max
  • Aplikasi Ulead 3d : file.c3d

Reka Letak

Papan Cerita atau Storyboard



Papan cerita adalah himpunan lakaran rupa bentuk skrin-skrin paparan yang digunakan dalam aplikasi perisian multimedia. Dalam melakar papan cerita, kita perlu mengaplikasi konsep reka letak. Papan cerita disediakan pada peringkat awal proses reka bentuk. Papan cerita adalah lakaran imaginasi tentang apa yang hendak dipaparkan dalam satu persembahan perisian multimedia.

Antara kelebihan papan cerita ialah :
  • Membolehkan pembangun perisian mencambah minda dan idea
  • Dapat merancang reka bentuk muka perisian di peringkat awal
  • Membolehkan pembangun perisian menzahirkan idea sebelum dipindah di atas paparan komputer
  • Membolehkan merancang dan mengaplikasi teori serta strategi pembelajaran dengan mudah
  • Perubahan dapat dilakukan dengan mudah
  • Menjimatkan masa dan kos pembinaan perisian
  • Mengurangkan risiko tertinggal mklumat persembahan yang penting
Antara elemen yang diperlukan untuk membina papan cerita ialah :

  • Warna latar belakang
  • Jenis font
  • Saiz huruf
  • Warna huruf
  • Format gambar
  • Video
  • Audio
  • Animasi

Contoh Papan Cerita / Storyboard
Link :Youtube.com

https://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=HRhYbKOd1ow

https://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=B4ekzThzjj0

https://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=LgDwNxGIuCQ

https://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=felys-u4nfk