1 comment

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN


http://www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/p_teknik&kemahiran/HSP_Aliran_Vokasional_39mp/animasi%20rbentuk%20pnerbit.pdf
No comment yet

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)



No comment yet

Kuiz









1 comment

Profile Kami





Nama     : Sharmila Devi A/P
                Pachiyappan

Umur      : 24 Tahun

Program : Ijazah Sarajana Muda
               Pendidikan Multimedia



Nama     : MUHAMMAD RIFDI SYAFIQ
                BIN SAEDIN
Umur      : 21 Tahun
Program : Ijazah Sarajana Muda
               Pendidikan Multimedia





Nama : Mohd Shakirul Aidi Bin Abu Hassan Al - Saari 
Umur: 20 Tahun
Facebook




Nama : Tee Boon Boon
Umur : 24 Tahun



Nama : Ooi Qian Fang
Umur : 24 Tahun


Nama: Nur Ain
Umur : 23 Tahun


No comment yet

Pengenalan Video

Video merupakan rangkaian frame atau gambar yang bergerak secara cepat. video juga dikenali sebagai teknologi memproses isyarat elektronik bagi menghasilkan gambar bergerak. Setiap pergerakkan gambar perlu memproses sebanyak 24 frame bagi satu saat.




Fungsi Video

  • Menyampaikan maklumat kepada penonton
  • Untuk memberi hiburan
  • Sebagai pengajaran dan ikhtibar
  • Video juga sebagai komunikasi antara sesama manusia
  • Dengan video juga turut boleh menghasilkan filem
  • Sebagai salah satu seni

Sumber Video

Penghasilan sesebuah video memerlukan alat bantuan atau sokongan bagi membolehkan sesuatu video dihasilkan dengan menarik. kamera digunakan untuk merakam video penghasilan video juga turut memerlukan suntingan untuk menghasilkan video yang menarik dan bermutu. Proses ini melibatkan suntingan untuk menambah muzik, teks, audio, dan sebagainya.


Format Fail Video

Terdapat beberapa format video antaranya:


  • 3GP
  • AVI
  • RMVB
  • MPEG
  • MOV
  • OGG

Reka Letak Video

Dalam pembangunan sesebuah video elemen yang penting adalah video dan audio serta teks dan grafik. Perkara ini yang mempengaruhi kekuatan sesebuah video. Selain itu, jalan cerita yang menarik menambahkan lagi kekuatan video tersebut. Penghasilan sesebuah video yang bermutu perlu bermula daripada storyboard, skrip dan proses suntingan yang teliti.



Aktiviti pelajar

Dalam kumpulan seramai 5 orang setiap kumpulan, hasilkan video montaj yang mengandungi fungsi dan sumber video mengikut kreativiti kumpulan masing - masing dengan menggunakan perisian windows movie maker. (Skrip dan papan cerita perlu dihasilkan sebelum memulakan membuat video) 
No comment yet

Apa itu Teks??



􀂉  Teks merupakan salah satu media utama yang diperlukan dalam sesebuah perisian multimedia sama ada sebagai menu utama, sistem navigasi (navigation) ataupun bagi tujuan penyampaian sesuatu isi kandungan perisian.
􀂉  Ia adalah jenis data paling asas serta menggunakan ruang storan paling sedikit berbanding dengan elemen-elemen multimedia lain.

􀂉 Teks dalam bentuk perkataan, ayat dan perenggan adalah digunakan untuk menyampaikan sesuatu idea, buah fikiran dan fakta yang berkaitan dengan apa jua aspek dalam kehidupan kita sehari-hari.
􀂉 Jadi, tidak mustahil jikalau sesebuah produk multimedia itu bergantung kepada teks didalam kebanyakan perkara seperti didalam menerangkan bagaimana sesuatu aplikasi bekerja, membantu pengguna didalam menerokai sesuatu aplikasi dan untuk menyebarkan maklumat melalui aplikasi – aplikasi yang telah direkabentuk.
􀂉 Walaubagaimanapun, di dalam aplikasi multimedia, penggunaan teks yang terlalu banyak tidak begitu digalakkan kerana teks tidak dapat mempamerkan maklumat dengan menarik. Ini bukan bermakna teks tidak diperlukan langsung, tetapi ia hanya perlu digunakan pada bahagian-bahagian penting sahaja.

Jenis-jenis Teks

Teks terdiri daripada:

􀂃 Linear
⇒Struktur teks yang tradisional
⇒Organisasi berbentuk linear di mana ia mempunyai bahagian permulaan dan penghujung.
⇒Susunannya terdiri daripada beberapa siri seksyen/bab (sections). Setiap seksyen/bab ini mempunyai tajuk dan mungkin, mempunyai sub seksyen(Subsection) yang akan membentuk perenggan.
⇒Susunan teks berstruktur ini adalah dalam bentuk hirarki dan boleh digambarkan seperti struktur pepohon.

􀂃 Tidak linear
⇒Dikenali sebagai Hypertext
⇒Susunan teksnya adalah secara tidak-linear dan mempunyai struktur data graf
⇒Ia terdiri daripada nod yang merupakan bahagian teks yang bersaiz kecil dan akan dihubungkaitkan dengan bahagian teks yang lain menggunakan pautan(links).
⇒Hypertext membolehkan pengguna melaksanakan operasi cari -dan- capai ke atas sesuatu dokumen dengan lebih cepat

Format Fail Teks

  • TXT
  • DOC
  • RTF
  • PDF

Jenis Muka Teks


􀂉 Typefaces merupakan perwakilan bergrafik bagi abjad, nombor dan aksara-aksara istimewa dan biasanya ia mempunyai saiz dan gaya bentuk yang berbeza-beza atau pelbagai. Font pula merupakan saiz-saiz tertentu bagi typefaces.
􀂉 Contohnya “ 14 point Times New Roman” adalah typefaces bagi saiz 14 untuk Times New Roman. Saiz font boleh dikenalpasti atau ditentukan dengan :-
􀂃 Mengukur daripada bahagian atas huruf besar kepada bahagian bawah decender yang diperolehi pada huruf ‘p’ atau ‘y’.
􀂃 Menggunakan point iaitu point tunggal seperti 1/72 (0.138 inc)


Gaya Teks




Susun Jajar

Warna Teks

Warna Biru - Jenis font, boleh di tukar menggunakan kode font yang ada di komputer.
Warna Cokelat - Warna font, kita boleh tukar guna black, white, green dan sebagainya atau boleh ditukar dengan kode warna HTML.
Warna Kuning - Ukuran font
Warna Purple - Mengatur lebar ruangan teks
Warna Merah - Mengatur panjang ruangan teks
Warna Biru - Mengatur warna background, seperti "black", "green", "blue", "red", "yellow"


1 comment

Apa itu Audio ?

Pengenalan Audio 

Audio merupakan salah satu media yang sering digunakan dalam sesuatu interaksi antara komputer dengan pengguna. Elemen muzik, suara latar dan kesan bunyi merupakan antara beberapa contoh penggunaan audio yang boleh digunakan dalam sesebuah aplikasi multimedia. Seperti juga elemen multimedia yang lain, audio mampu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan, menimbulkan suasana yang lebih menyerlah dan menarik tumpuan terhadap apa yang ingin disampaikan.

 

contoh audio


Fungsi Audio

  • Membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan (cth: penggunaan suara latar atau kesanaudio istimewa).
  • Membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan.
  • mampu meningkatkan motivasi di kalangan para pengguna agar lebih berminat mengikuti suatu proses penyampaian maklumat.
  • Menimbulkan suasana yang lebih menarik dan akan menghasilkan tumpuan terhadap isi yang dipersembahkan.

Sumber Audio

 Terdapat 5 jenis audio yang digunakan dalam multimedia iaitu :
  1. HiperAudio
    Dimainkan secara berulang kali. Audio dibenarkan untuk dimainkan secara selari dengan persembahan multimedia, dirujuk sebagai hiperaudio.
  2. MP3
    Format fail audio yang boleh menggunakan codec audio MPEGuntuk enkod dan dekod muzik yang dirakam.Boleh mampat track audio CD dalam saiz yang kecil. Pemain MP3 untuk memainkan fail MP3.
  3. Audio Cakera Padat.
    CD audio boleh menyimpan data selama 75 minit dengan kadar sampling 44,100 sampels per saat. Keupayaan cepat untuk merakam video. Banyak digunakan untuk lagu yang dirakam dan berkualiti.
  4. Audio
     Digunakan untuk merakam bunyi yang didengar. Bentuk gelombang pada bunyi menerangkan tentang  amplitude, frekuensi dan kandungan yang harmoni.Format fail audio ialah wave.
  5.  Midi
    Kemudahan yang efisien untuk merakam muzik. Merakam maklumat persembahan dalam chip sound pada komputer untuk memainkan muzik. Terdapat MIDI kod untuk mengubah suai muzik menjadi perlahan, kuat, tukar kualiti dan tambah kesan bunyi. Kebaikan Midi ialah mempunyai fail yang lebih kecil dan padat, kualiti muzik yang bermutu serta mudah untuk melakukan ubahsuai fail. Kelemahan Midi pula tidak boleh digunakan untuk memainkan dialog perbualan.

Format Fail Audio

Berikut merupakan contoh-contoh format fail bagi audio:

AUDIO INTERCHANGE FAIL FORMAT (.AIFF DAN .AIF)

  • Format ini sering digunakan pada sistem komputer jenis machintosh, IBM dan yang serasi dengannya.
  • Boleh menyimpan sehingga 32 bit.
MUSICAL INSTRUMENT DIGITAL INTERFACE (.MID, .MDI, .MFF)
  • Format yang diterimapakai di seluruh dunia bertujuan menyimpan audio dan jenis MDI.
SOUND (.SND)
  • Format fail yang diperkenalkan oleh Apple dan hanya sesuai digunakan bagi audio yang  bersaiz sehingga 8 bit.
WAVE (.WAV)
  • Format fail yang paling meluas digunakan.
  • Disokong oleh sistem operasi windows.
  • Mampu menambung saiz dari 8 bit sehingga 16 bit.
SUN AUDIO (.AU)
  • Digunakan oleh komputer jenis stesyen kerja SUN Microsystem.
  • Merupakan format audio 16 bit.
.MPEG
  • Format fail yang makin popular.
  • Digunakan untuk tujuan penyaluran muzik melalui talian internet.

Reka letak Audio

Reka letak adalah ilmu atau kemahiran yang digunakan untuk meletakkan dan menyusun media pada paparan bagi membentuk persembahan yang menarik.Bahan audio boleh dihasilkan melalui rakaman yang mudah yang tersedia ada pada kaset audio.  Mikrofon yang berasingan (external microphone) pengadun

audio (audio mixer) boleh digunakan untuk mengadun suara dengan muzik latar atau kesan bunyi.